Monday, 11 May 2015

HUJAN YANG TURUN....

Image result for gambar hujan



Assalamualaikum dan selamat pagi semua!..

Kalau cikgu bercakap pasal hujan dengan murid-murid, semua murid tahu "Hujan tu rahmat Allah". Tapi bila ditanya mana tau hujan itu rahmat daripadaNya, ramai bebudak yang tergeleng-geleng kepala atau angkat-angkat bahu tanda tidak tahu sebab musababnya. 

Kesian anak murid cikgu... Meh dengar cikgu nak terangkan sikit.  Hujan yang turun sama ada lebat atau renyai-renyai, dikatakan salah satu rahmat Allah. Ketika hujan adalah antara waktu doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT apabila hamba-hambaNya berdoa. Baca hadis-hadis berikut:-

Nabi Muhammad SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun. 
~Hadis riwayat Abu Daud~

 "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika azan dan doa ketika waktu hujan." 
Hadis Riwayat Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi~ 

Ya Allah, betapa banyaknya nikmat Hujan yang telah Engkau berikan ketika dalam keadaan hujan. Mudah-mudahan doa kita mudah diterimaNya. Waktu-waktu hujan seperti pagi ini perbanyakkanlah berdoa dengan penuh khusyuk dan ambillah kesempatan ini untuk memohon apa-apa yang dihajati. InsyaAllah... Salah satu bukti yang Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihi... 

Selain berdoa ketika hujan, banyak disarankan untuk berdoa ketika musibah berlaku seperti sakit, ketika dianiaya bahkan ketika sujud. Dengan berdoa kepada Allah bukan sahaja kita mengharap doa dimakbulkan tetapi secara tak langsung kita mendekatkan diri dan kita hanya memohon pertolongan padaNya bukan berharap pada orang lain dan sebagainya. 

"Cukuplah Allah (menjadi penolong) untuk kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung" ~Surah Ali-Imran ayat 173~  

Doa Ketika Hujan:- 
(اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا ) Allahumma Shoyyiban Na'fian 
Yang bermaksud "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat" 
~Hadis Riwayat Bukhari~ 

Jadi, anak-anak semua, janganlah kita mengeluh apabila hujan turun. Hujan banyak memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan dan kepada hidupan di bumi seperti kita.Bayangkan jika hujan tak turun. Tanah kontang, tumbuhan dan haiwan mati kering.... Kita juga akan terjejas!!

Mungkin dengan terjadinya banjir yang memusnahkan alam menyebabkan kita terpaksa mengeluh disebabkan kerosakan harta benda dan haiwan ternakan. Anggaplah ini sebagai ujian daripada Allah untuk hamba-Nya. Dengan menguji kesabaran hamba-hamba-Nya, menjadikan kita sebagai hamba yang tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan selama ini daripada-Nya.

 "Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran " 
~Surah Al-A'raf ayat 57~

Ok, sampai jumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment