Sunday, 4 December 2016

MEMPERKASA PENDIDIKAN


Memperkasa pendidikan atau Empowering Education dapat diertikan dengan pelbagai pengertian melalui pelbagai sudut pandangan. Keterbukaan cara untuk merealisasikan impian dalam memperkasakan pendidikan banyak didokong Aspirasi Pendidikan Negara menerusi Program 1 Bestari Net. Antara cabaran dan harapan, kedua-duanya sama melelahkan! 

Terima kasih KPM, atas inisiatif menyediakan infrastruktur dan infostruktur ICT untuk mengupayakan e-learning dan u-learning. Bagi yang tak biasa dengan istilah 'u-learning' sebenarnya ia bermaksud ubiquitous learning - di mana-mana saja dan pada bila-bila masa. 1 Bestari Net merupakan yang pertama di dunia dalam menggabungkan rangkaian internet teknologi 4G dengan persekitaran pembelajaran maya dalam proses pendidikan di sekolah. Ia membolehkan perkongsian bahan pembelajaran antara semua pihak yang berkepentingan iaitu guru, murid dan rakan sebaya.

Terlalu banyak isu yang dibangkitkan apabila menyentuh tentang pernyataan 'Memperkasa Pendidikan'. Sebagai seorang guru, sememangnya semangat untuk menyahut cabaran tersebut amat menggebu dalam diri. Aku ingin bantu anak-anak didikku, aku ingin buka minda mereka, aku ingin sekali bawa mereka keluar dari keselesaan tempurung yang melindungi mereka selama ini. Namun siapalah aku, insan kerdil yang tak punya apa-apa! Namun aku tak kisah berjuang di barisan hadapan. Atau aku harus membuat keputusan sendiri, demi memastikan tiada kemelut dalam meraih keberhasilan - social and education mobility.

Sesuatu yang ingin aku luahkan di sini adalah kekesalan yang amat sangat.. Kekecewaan yang amat mendalam..  Betapa tidak? Sebagai seorang peneraju sekolah aku punyai banyak rencana dalam menentukan hala tuju sekolahku. Antaranya ialah menyahut cabaran dalam mengupayakan ICT di sekolahku yang terletak di luar bandar. Aku terpesona dengan hasrat kerajaan dalam merapatkan jurang ICT antara sekolah bandar dengan luar bandar. Ya, aku yakin akulah orangnya yang akan menjadi pemangkin dalam kegemilangan ICT di sekolah luar bandarku... Namun, berpijak di bumi yang nyata, aku terkilan kerana sekolahku ini rupa-rupanya amat jauh dari arus kemodenan ICT. Masih terkebelakang dari segi keseronokan belajar menggunakan pelbagai program ICT. Tanyalah mereka apa itu teknologi awan? padlet? edmodo? doodle? FrogBites?........ 
Ok2, cop! tanya mereka apa itu frog-vle, apa site, wigdet,? entah2 Id dan Pasword mereka pun mereka tak ingat!!! Kenapa?.... Salah guru? Bukan... Salah penyelaras ICT? Pun bukan... Kami tiada Penyelaras Bestari, kami tiada bilik akses, tiada juruteknik komputer, tiada juga 'makmal komputer'! Walau hakikatnya bangunan makmalnya tersergam indah....! Namun tiada sebarang capaian internet di sana, jadilah Makmal Komputer kami umpama gajah putih..

Dalam kemeriahan guru-guru di Selangor dan WP menerima pelbagai imbuhan berupa devices, gajet, peranti, smart phone, i-Pad... kami di sini hanya mampu memandang dan mendengar berita tersebut dengan pasrah. Kami dipaksa untuk berpuas hati dengan OCPE tanpa Zoom.. Ya, OCPE yang acapkali tidak berfungsi, juga tiga AP yang kerapkali gagal beroperasi! Alasannya? Kami jauh di luar bandar. Ya....betul, kami jauh di luar bandar. Tapi, bukankah kami sasaran kerajaan menerusi Anjakan ke-7? Sekolah seperti sekolah inilah...bukannya mereka yang hari-hari berhari raya di kota raya! Dalam Fasa kedua perkhidmatan YTL/bestarinet ini, sebiji dongle pun kami tidak diberi, inikan pula smart phone atau i-pad yang dinanti2... Janganlah memandang kami dengan mata yang kosong ataupun mendengar kami dengan telinga yang tuli..! 

Turunlah ke mari, lihatlah apa yang terjadi, pantaulah sepuas hati, ketidakadilan yang telah terjadi. Atau barangkali yang bakal meracuni segenap sendi tanah pertiwi. lantaran isu tidak diatasi, atau sekadar mendiamkan diri. Walau kami telahpun lelah kini, memperjuangkan nasib anak bangsa yang dikasihi..................memperkasa pendidikan tetap diuliti...selamanya.....dulu dan kini...!