Memang kita telahpun terbiasa dengan peribahasa Melayu ini. Biasa mendengarnya, malahan biasa juga menggunakannya. Ia membawa maksud sesuatu perkhabaran yang dilebih-lebihkan dari keadaan sebenarnya. Apabila merujuk kepada maksudnya, mestilah kita dapat merasakan bahawa pada pengakhirannya peribahasa ini memberikan satu perasaan yang tidak puas hati, tidak gembira, agak kecewa...pendek kata - bukan happy ending lah!..
Dalam usia mencecah akhir 40-an ini, inilah harinya saya benar-benar berasa 'kecewa' apabila terperangkap dengan peribahasa ini. Indah khabar dari rupa! Sebenarnya saya amat tidak bersedia untuk menghadapi situasi begini..