Thursday, 29 November 2018

INDAH KHABAR DARI RUPA..

Memang kita telahpun terbiasa dengan peribahasa Melayu ini. Biasa mendengarnya, malahan biasa juga menggunakannya. Ia membawa maksud sesuatu perkhabaran yang dilebih-lebihkan dari keadaan sebenarnya. Apabila merujuk kepada maksudnya, mestilah kita dapat merasakan bahawa pada pengakhirannya peribahasa ini memberikan satu perasaan yang tidak puas hati, tidak gembira, agak kecewa...pendek kata - bukan happy ending lah!..

                           Dalam usia mencecah akhir 40-an ini, inilah harinya saya benar-benar berasa 'kecewa' apabila terperangkap dengan peribahasa ini. Indah khabar dari rupa! Sebenarnya saya amat tidak bersedia untuk menghadapi situasi begini.. 




Sunday, 4 December 2016

MEMPERKASA PENDIDIKAN


Memperkasa pendidikan atau Empowering Education dapat diertikan dengan pelbagai pengertian melalui pelbagai sudut pandangan. Keterbukaan cara untuk merealisasikan impian dalam memperkasakan pendidikan banyak didokong Aspirasi Pendidikan Negara menerusi Program 1 Bestari Net. Antara cabaran dan harapan, kedua-duanya sama melelahkan! 

Terima kasih KPM, atas inisiatif menyediakan infrastruktur dan infostruktur ICT untuk mengupayakan e-learning dan u-learning. Bagi yang tak biasa dengan istilah 'u-learning' sebenarnya ia bermaksud ubiquitous learning - di mana-mana saja dan pada bila-bila masa. 1 Bestari Net merupakan yang pertama di dunia dalam menggabungkan rangkaian internet teknologi 4G dengan persekitaran pembelajaran maya dalam proses pendidikan di sekolah. Ia membolehkan perkongsian bahan pembelajaran antara semua pihak yang berkepentingan iaitu guru, murid dan rakan sebaya.

Terlalu banyak isu yang dibangkitkan apabila menyentuh tentang pernyataan 'Memperkasa Pendidikan'. Sebagai seorang guru, sememangnya semangat untuk menyahut cabaran tersebut amat menggebu dalam diri. Aku ingin bantu anak-anak didikku, aku ingin buka minda mereka, aku ingin sekali bawa mereka keluar dari keselesaan tempurung yang melindungi mereka selama ini. Namun siapalah aku, insan kerdil yang tak punya apa-apa! Namun aku tak kisah berjuang di barisan hadapan. Atau aku harus membuat keputusan sendiri, demi memastikan tiada kemelut dalam meraih keberhasilan - social and education mobility.

Sesuatu yang ingin aku luahkan di sini adalah kekesalan yang amat sangat.. Kekecewaan yang amat mendalam..  Betapa tidak? Sebagai seorang peneraju sekolah aku punyai banyak rencana dalam menentukan hala tuju sekolahku. Antaranya ialah menyahut cabaran dalam mengupayakan ICT di sekolahku yang terletak di luar bandar. Aku terpesona dengan hasrat kerajaan dalam merapatkan jurang ICT antara sekolah bandar dengan luar bandar. Ya, aku yakin akulah orangnya yang akan menjadi pemangkin dalam kegemilangan ICT di sekolah luar bandarku... Namun, berpijak di bumi yang nyata, aku terkilan kerana sekolahku ini rupa-rupanya amat jauh dari arus kemodenan ICT. Masih terkebelakang dari segi keseronokan belajar menggunakan pelbagai program ICT. Tanyalah mereka apa itu teknologi awan? padlet? edmodo? doodle? FrogBites?........ 
Ok2, cop! tanya mereka apa itu frog-vle, apa site, wigdet,? entah2 Id dan Pasword mereka pun mereka tak ingat!!! Kenapa?.... Salah guru? Bukan... Salah penyelaras ICT? Pun bukan... Kami tiada Penyelaras Bestari, kami tiada bilik akses, tiada juruteknik komputer, tiada juga 'makmal komputer'! Walau hakikatnya bangunan makmalnya tersergam indah....! Namun tiada sebarang capaian internet di sana, jadilah Makmal Komputer kami umpama gajah putih..

Dalam kemeriahan guru-guru di Selangor dan WP menerima pelbagai imbuhan berupa devices, gajet, peranti, smart phone, i-Pad... kami di sini hanya mampu memandang dan mendengar berita tersebut dengan pasrah. Kami dipaksa untuk berpuas hati dengan OCPE tanpa Zoom.. Ya, OCPE yang acapkali tidak berfungsi, juga tiga AP yang kerapkali gagal beroperasi! Alasannya? Kami jauh di luar bandar. Ya....betul, kami jauh di luar bandar. Tapi, bukankah kami sasaran kerajaan menerusi Anjakan ke-7? Sekolah seperti sekolah inilah...bukannya mereka yang hari-hari berhari raya di kota raya! Dalam Fasa kedua perkhidmatan YTL/bestarinet ini, sebiji dongle pun kami tidak diberi, inikan pula smart phone atau i-pad yang dinanti2... Janganlah memandang kami dengan mata yang kosong ataupun mendengar kami dengan telinga yang tuli..! 

Turunlah ke mari, lihatlah apa yang terjadi, pantaulah sepuas hati, ketidakadilan yang telah terjadi. Atau barangkali yang bakal meracuni segenap sendi tanah pertiwi. lantaran isu tidak diatasi, atau sekadar mendiamkan diri. Walau kami telahpun lelah kini, memperjuangkan nasib anak bangsa yang dikasihi..................memperkasa pendidikan tetap diuliti...selamanya.....dulu dan kini...!








Monday, 11 May 2015

HUJAN YANG TURUN....

Image result for gambar hujan



Assalamualaikum dan selamat pagi semua!..

Kalau cikgu bercakap pasal hujan dengan murid-murid, semua murid tahu "Hujan tu rahmat Allah". Tapi bila ditanya mana tau hujan itu rahmat daripadaNya, ramai bebudak yang tergeleng-geleng kepala atau angkat-angkat bahu tanda tidak tahu sebab musababnya. 

Kesian anak murid cikgu... Meh dengar cikgu nak terangkan sikit.  Hujan yang turun sama ada lebat atau renyai-renyai, dikatakan salah satu rahmat Allah. Ketika hujan adalah antara waktu doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT apabila hamba-hambaNya berdoa. Baca hadis-hadis berikut:-

Nabi Muhammad SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun. 
~Hadis riwayat Abu Daud~

 "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika azan dan doa ketika waktu hujan." 
Hadis Riwayat Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi~ 

Ya Allah, betapa banyaknya nikmat Hujan yang telah Engkau berikan ketika dalam keadaan hujan. Mudah-mudahan doa kita mudah diterimaNya. Waktu-waktu hujan seperti pagi ini perbanyakkanlah berdoa dengan penuh khusyuk dan ambillah kesempatan ini untuk memohon apa-apa yang dihajati. InsyaAllah... Salah satu bukti yang Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihi... 

Selain berdoa ketika hujan, banyak disarankan untuk berdoa ketika musibah berlaku seperti sakit, ketika dianiaya bahkan ketika sujud. Dengan berdoa kepada Allah bukan sahaja kita mengharap doa dimakbulkan tetapi secara tak langsung kita mendekatkan diri dan kita hanya memohon pertolongan padaNya bukan berharap pada orang lain dan sebagainya. 

"Cukuplah Allah (menjadi penolong) untuk kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung" ~Surah Ali-Imran ayat 173~  

Doa Ketika Hujan:- 
(اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا ) Allahumma Shoyyiban Na'fian 
Yang bermaksud "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat" 
~Hadis Riwayat Bukhari~ 

Jadi, anak-anak semua, janganlah kita mengeluh apabila hujan turun. Hujan banyak memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan dan kepada hidupan di bumi seperti kita.Bayangkan jika hujan tak turun. Tanah kontang, tumbuhan dan haiwan mati kering.... Kita juga akan terjejas!!

Mungkin dengan terjadinya banjir yang memusnahkan alam menyebabkan kita terpaksa mengeluh disebabkan kerosakan harta benda dan haiwan ternakan. Anggaplah ini sebagai ujian daripada Allah untuk hamba-Nya. Dengan menguji kesabaran hamba-hamba-Nya, menjadikan kita sebagai hamba yang tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan selama ini daripada-Nya.

 "Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran " 
~Surah Al-A'raf ayat 57~

Ok, sampai jumpa lagi.....

Tuesday, 28 April 2015

USAHA TANGGA KEJAYAAN


Hihihi... mungkin you all pelik, apasal cikgu post entri tahun lepas punya cerita ni.. Saja je, untuk kegunaan sendiri. Senang nak rujuk kemudian hari. Yalah.. bukan senang sekolah macam sekolah cikgu ni nak menang peringkat kebangsaan tau!.
Hanya yang berada di SKMD tahu kesukarannya. Tapi, yakinlah, SKMD Boleh! Tahniah dan syabas kepada guru-gurunya terutama GB- Pn Hjh Salmah, PK 1- Pn Rosdina Abdullah dan Guru Pengiring Pn Kalsom.


The Grand Prize winners of the Paddle Pop 2014 Young Builders Award from SK Manjoi Dua of Perak with their “World's Magical Castle”.
The Grand Prize winners of the Paddle Pop 2014 Young Builders Award from SK Manjoi Dua of Perak with their “World’s Magical Castle”.
FOUR young girls from SK Manjoi Dua of Perak used Paddle Pop ice cream sticks to build their “World’s Magical Castle” and win the Grand Prize of the Paddle Pop 2014 Young Builders Award.
Nur Hazirah Mahmood, Nur Izzah Ilyana Mohd Kamal, Nurul Hannah Shahar Shah and Nur Hidayah Abidah Majid helped their school win a Special Prize of RM6,000 cash.
The other four schools in the top five – SK Luyang Sabah, SJK (C) Pei Cheng from Chemor, Perak, SK Pajar Sejingkat from Kuching and SK Sri Skudai from Johor Baru – received RM2,000 cash prize each.
The nationwide competition, now in its second year running, brought together teams of four students aged 10-12 years to create artworks using recyclable materials, including Paddle Pop ice cream sticks.
Based on the Magilika Small Sticks Big Magic theme this year, the competition organised by Wall’s Malaysia with support from the Education Ministry took the Paddle Pop lion and his friends face-to-face with magic and legendary creatures.
This year’s competition saw entries from all five zones – the Central, Northern, Southern and East Coast zones in Peninsular Malaysia as well as Sabah and Sarawak. From these submissions, 30 teams were selected to participate in the three-day, two-night finale camp held in Teluk Bahang in Penang.
The finale was held close to nature this year to enhance the students’ spirit of teamwork and inspire their creativity. At the finale camp, the participants prepared and built their final artwork submission from scratch.
For more information on the Paddle Pop 2014 Young Builders Award, go towww.paddlepopadventure.com.

WALL'S PADDLE POP 2015 YOUNG BUILDERS AWARD

Ini cerita semalam.. Taklimat daripada pihak Wall's Paddle Pop telah diadakan di sekolah cikgu SK Manjoi Dua pada 28 April 2015. Semoga tahun ini murid-murid SKMDian akan lebih gigih memerah idea untuk menyertai pertandingan ini.

Tahun ini tajuknya : Membaik pulih Dunia Atlantos - Kehidupan Bawah Laut.
Wow... Kalau tahun lepas kita membina istana Magilica, tapi tahun ini ke dasar lautlah kita ya...

TEKUN MENDENGAR TAKLIMAT


MASKOT TAMPIL MENCERIAKAN SUASANA...
Displaying IMG_20150428_073859.jpg
AIZAM DAN HAFIZAH MENERIMA CENDERAMATA DRPD PIHAK PADDLE POP
Displaying IMG_20150428_073716.jpg
Pada tahun lepas, murid-murid SK Manjoi Dua telah menjuarai pertandingan ini mengalahkan 20 buah sekolah dari seluruh Malaysia. Boleh baca/lihat di link :-

http://thotsntots.com/manjoi-girls-win-young-builders-award/




Monday, 27 April 2015

JOM PI BERURUT>>

Hihihi... Bila baca tajuk entri kat atas tu macam cikgu pula yang berurut, kan!
Sebenarnya..  cikgu bawa Mr Hubby yang sakit urat belikat. Biasanya Mr Hubby berurut di kg. Samada di Kg Parit Mati, di Kg Selekoh atau satu tempat lagi tu ..alah dah lupa tempatnya. Namun masalahnya bermula apabila semua orang2 yang pandai mengurut tu dah meninggal!

So, apa lagi, bermulalah  episod mencari tukang urut baru...
Cari punya cari semua tak sesuai, ada yg urut kuat sangat, sakit sampai nak kencing-kencing la..
Ada yang lembut sangat sampai tak rasa apa-apalah...
Kesudahan yang memang tak memuaskan hati! Masa habis, duit luak, sakit tak hilang pun... bertambah lagi ada lah!

So cikgu tanyalah pd sorang staff kat pejabat ni. Adik haji ni cadangkan satu tempat otw ke Pusing. Antara yakin dan tidak kami pun tetapkan hati pi terjah ke tempat tu. Tak susah nak pegi. Tepi jalan je. Sign board pun besar!

Dipendekkan cerita, cara urutannya memang best, dia pandai cari urat dan dia tak tekan tempat yang sakit tu kuat-kuat macam orang lain. Rasa lega, selesa dan sedap je badan. Itu kata Mr Hubby le..

So, siapa-siapa yang berhajat bolehlah cari tukang urut tradisional ni. Namanya En. Rosli. Pusat rawatannya bernama Hikmah Sufi. Macam-macam urutan yang disediakan. Antaranya urut belikat, urat terseliuh, urut tenaga batin, urut seluruh badan, bekam pun ada tau! Selain itu, En. Rosli juga menyediakan supplement yang bersesuaian untuk pesakit (jika berminat).

Kalau berhajat bolehlah hubungi Encik Rosli (41 tahun) muda bertenaga lagi..:-

Hikmah Sufi
Urut Batin & Urat Tradisional Melayu Perak,
No 78, Kg Piandang Siputeh,
31560 Pusing,
Perak

Tel no: 019-4311582 untuk temujanji..

Berbaloi-baloi.........


Tuesday, 14 January 2014

Pengenalan

Saya bermula dengan hobi suka menjenguk blog-blog orang lain. Saya dapati ia sangat menarik, kerana pelbagai info saya boleh dapat. Kebanyakan blog yang saya intai, sangat membantu saya dalam pelbagai perkara. Paling menyerlah ialah resepi!! Sebut je nak resepi apa, semua ada.. Pendek kata, macam2 ado..
Sampai detiknya, saya pun terpanggil nak try buat blog juga...  Inilah hasilnya!